Kalau orang itu sudah tua,hendaklah dia jadi "tua nguwur",
kalau tidak, jadilah "tua tutur",
atausetidak-tidaknya jadilah "tua sembur",
jangan sampai jadi "tua jagur".
Nguwur ertinya banyak memberi bantuan harta atau santunan budi.
Tutur ertinya nasihat yang baik dan pengajaran yang membina.
Sembur ertinya doa, jampi dan penawar sakit pening anak cucu lantaran tidak berada dan tiada berilmu.
Jagur pula ertinya diketuk orang seperti barang yang tidak berguna malah membebankan.
Menyongsong Arus - Biografi Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, hlm. 125
Tuesday, December 30, 2008
Thursday, November 06, 2008
Kesedaran
Orang Melayu mesti diberi kesedaran dan orang Melayu yang sudah sedar itu nanti mesti bersatu.
Keris Mas
Rimba Harapan, 1986.
Keris Mas
Rimba Harapan, 1986.
...Kalau Tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang laki-laki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang laki-laki; kalaulah orang perempuan nak dijadikan hamba orang laki-laki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang laki-laki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang laki-laki. Bukan tuan, bukan hamba, tetapi rakan. Dan tak berbeza di mata Tuhan.
Noordin Hassan
Sirih Bertepuk Pinang Menari
Noordin Hassan
Sirih Bertepuk Pinang Menari
Subscribe to:
Posts (Atom)