Thursday, November 06, 2008

Kesedaran

Orang Melayu mesti diberi kesedaran dan orang Melayu yang sudah sedar itu nanti mesti bersatu.



Keris Mas

Rimba Harapan, 1986.
...Kalau Tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang laki-laki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang laki-laki; kalaulah orang perempuan nak dijadikan hamba orang laki-laki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang laki-laki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang laki-laki. Bukan tuan, bukan hamba, tetapi rakan. Dan tak berbeza di mata Tuhan.

Noordin Hassan
Sirih Bertepuk Pinang Menari
Cinta itu satu duka dan bahagia yang tak terhurai,
"Satu penerimaan dan penolakan yang ganjil".

A Samad Said
Cinta Fansuri