Saturday, November 28, 2009

Budi

Manusia tidak dapat merubah bentuk mukanya, tetapi kalau dia mahu, dia mampu mempercantikkan budinya.

HAMKA
5000 Alam Mutiara Kata
hlm 287

cinta

Orang yang bekerja atas dorongan cinta itu akan berasa senang dan tidak berasa jemu dan lelah.


- Emerson
5000 Alam Mutiara Kata
hlm 309

Wednesday, October 07, 2009

Cinta & Kasih; Ikhlas & Sabar

"Lakukan semual hal dengan cinta dan kasih, maka semua akan berjalan dengan indah. Lakukanlah setiap hal dengan keikhlasan dan kesabaran, nescaya ia akan berjalan dengan enteng dan mudah.

Kun Fayakun: Selalu ada harapan ditengah kesulitan, hlm 175
Ust Yusuf Mansur

Wednesday, September 16, 2009

Cinta

Dari dahulu sampai sekarang orang berjuang kerana cinta, orang menderita kerana cinta, dan orang berbahagia kerana cinta, terkadang-kadang orang nekad kerana cinta.

Keris Mas
"Minta sebuah lagi gambar adinda"
dlm Utusan Zaman, 30 Oktober 1949
dipetik drpd
Mutiara Kata Sasterawan Negara
hlm 8

Berfikir

Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita.

A Samad Said
Hujan Pagi

dipetik drpd
Mutiara Kata Sasterawan Negara
hlm 55

Manusia

aku manusia
kadang-kadang logikal,
selalu juga tidak,
sering sentimental
walaupun sesekali begitu intelektual.

Muhammad Haji Salleh
"Manusia" dlm Buku Perjalanan Si Tenggang II.

dipetik drpd
Mutiara Kata Sasterawan Negara
hlm 87

Pahlawan

Pahlawan sejati tidak minta dipuji jasanya. Bunga mawar tidak mempropagandakan harumnya, tetapi harumnya dengan sendiri semerbak ke kanan-kiri. Tetapi, hanya bangsa yang tahu menghargai pahlawan-pahlawannya, dapat menjadi bangsa yang besar. Kerana itu, hargailah pahlawan-pahlawan kita.


Menggali Api Revolusi (11 Amanat Bung Karno)
dipetik drpd
Mutiara Kata Bung Karno
(untuk Rakyat Indonesia)
hlm. 130

Sejarah

Sejarah adalah berguna sekali. Dari mempelajari sejarah orang bisa menemukan hukum-hukum yang menguasai kehidupan manusia.

Menggali Api Revolusi (11 Amanat Bung Karno)
dipetik drpd
Mutiara Kata Bung Karno
(untuk Rakyat Indonesia)
hlm. 130

Pimpinan Tuhan

Ingatlah kepada Tuhan. Carilah pimpinan Tuhan. Bangsa yang tidak dipimpin Tuhan, diperintah oleh orang-oran yang zalim! Men must be governed by God, or they will be governed by tyrants. Ingatlah akan hal ini, setiap waktu!


Bung Karno
Pidato Proklamasi 17 Ogos 1947
dipetik drpd
Mutiara Kata Bung Karno
(untuk Rakyat Indonesia)

Sunday, August 23, 2009

Kata pujangga

"Kesedaran adalah matahari.
Kesabaran adalah bumi.
Keberanian menjadi cakerawala.
Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata."
(puisi Paman Doblang karya WS Rendra)

Friday, July 24, 2009

(sekiranya) ditimpa Musibah

6الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter 2 Verse 156)

Tuesday, June 23, 2009

pelajaran semalam

Anggaplah segala
peristiwa sedih hari semalam
sebagai asas mengenal dunia.
Jadikanlah kegagalan hari semalam
sebagai pendorong jalan kemajuan
hari esok.

Khadijah Hashim
Badai Semalam, hlm 216

Sunday, June 21, 2009

pemimpin

"Kalau kita hendak dipilih oleh rakyat,
kelakuan kita mestilah senonoh.
Peribadi kita mestilah baik.
Kita mestilah jadi pemimpin
yang boleh dijadikan teladan.
Kita mestilah bersih."

Mohamed Latiff Mohamed,
Batas Langit, hlm 112.

Thursday, June 18, 2009

Pantun nasihat

Apalah tanda batang tebu
Batang tebu halus uratnya
Apalah tanda orang berilmu
Orang berilmu halus sifatnya.

Apalah tanda batang kulim
Batang kulim rendang dahannya
Apalah tanda orang alim
Orang alim lapang dadanya.

Apalah tanda batang bengkal
Batang bengkal banyak bukunya
Apalah tanda orang berakal
Orang berakal bijak lakunya.

Apalah tanda batang betik
Batang betik panjang pangkalnya
Apalah tanda orang yang cerdik
Orang cerdik panjang akalnya.

Apalah tanda batang putat
Batang putat bersegi buahnya
Apalah tanda orang beradat
Orang beradat tinggi maruahnya.

Apalah tanda batang keladi
Batang keladi di tanah isinya
Apalah tanda orang berbudi
Orang berbudi rendah hatinya.

Apalah tanda pisang tanaman
Pisang tanaman banyak akarnya
Apalah tanda orang beriman
Orang beriman banyak sabarnya.

Tunjuk ajar dalam pantun Melayu
Tenas Effendy, hlm 20-21.

Tuesday, June 09, 2009

Malam & Siang

"Malam itu panjang, maka janganlah engkau
memendekkannya dengan tidurmu.
Siang itu bersih, maka janganlah engkau
mencemarinya dengan dosa-dosamu"
Cambuk Hati, ms 23.

Sunday, May 17, 2009

damai di hati

Al-Qur'an Surah Ar-Ra'd (13:28)

(28) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


(ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ ﴿٢٨

Tuesday, May 05, 2009

Pantun bkn Ilmu

Akar keranji dikerat-kerat,
Campur halia dibuat jamu;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berilmu.

Cantik dipandang rumah penghulu,
Kayu diukir dari papan;
Alang-alang menuntut ilmu,
Pasir sebutir menjadi intan.

Pohon sena tepi sempadan,
Tempat tupai menumpang lalu;
Bercerai nyawa dari badan,
Barulah putus petua guru.

Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa patah kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

1000 pantun Dondang Sayang, hlm 163

Elok ni...

Elok adat kerana dikaji
Elok kaji kerana sunnah
Elok umat kerana budi
Elok berbudi kerana lillah

Elok budi kerana ikhlas
Elok kerja kerana niat
Elok kaji kerana dibahas
Elok manusia kerana syariat

Elok langkah kerana pedoman
Elok laku kerana beramal
Elok manusia kerana beriman
Elok ilmu kerana beramal

Elok kaki dapat melangkah
Elok tangan dapat memegang
Elok hati mengingat Allah
Elok iman tiada bergoyang

Pantun Nasihat (2005, hlm 104-105)
Tenas Effendy