Sunday, May 17, 2009

damai di hati

Al-Qur'an Surah Ar-Ra'd (13:28)

(28) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


(ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ ﴿٢٨

Tuesday, May 05, 2009

Pantun bkn Ilmu

Akar keranji dikerat-kerat,
Campur halia dibuat jamu;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berilmu.

Cantik dipandang rumah penghulu,
Kayu diukir dari papan;
Alang-alang menuntut ilmu,
Pasir sebutir menjadi intan.

Pohon sena tepi sempadan,
Tempat tupai menumpang lalu;
Bercerai nyawa dari badan,
Barulah putus petua guru.

Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa patah kaki;
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

1000 pantun Dondang Sayang, hlm 163

Elok ni...

Elok adat kerana dikaji
Elok kaji kerana sunnah
Elok umat kerana budi
Elok berbudi kerana lillah

Elok budi kerana ikhlas
Elok kerja kerana niat
Elok kaji kerana dibahas
Elok manusia kerana syariat

Elok langkah kerana pedoman
Elok laku kerana beramal
Elok manusia kerana beriman
Elok ilmu kerana beramal

Elok kaki dapat melangkah
Elok tangan dapat memegang
Elok hati mengingat Allah
Elok iman tiada bergoyang

Pantun Nasihat (2005, hlm 104-105)
Tenas Effendy